18 February 2012

Hidup Mesti Berbakti




Bismillah

Dari kecil penulis di ajar hidup ini mesti berbakti. Sebagai anak lelaki tunggal dlm keluarga, ayah tidak pernah manjakan penulis seperti kakak-kakak. Tak semua yang di minta diberi dengan mudah, walaupun penulis tahu ia dalam kemampuan ayah untuk mendapatkannya. Bukan kerana di pinggirkan, tetapi itulah acuan yg ayah gunakan untuk mendidik anak lelaki tunggalnya supaya belajar hidup lasak.



Ayah selalu pesan 'Hidup kalau tak mahu tolong orang, jangan minta tolong orang bila kita susah'. Penulis pegang kata-kata ini. Biarlah hidup ini tak senang, tapi ringan tulang. Jangan lari bila di minta tolong, nanti dah susah baru nak terpekik telolong.


`Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: `Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yg didirikan manusia.'
`Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yg diilhamkan dan dimudahkanNya kpdmu,' (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yg berlainan warnanya, yg mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yg demikian itu , ada tanda (yg membuktikan kemurahan Allah) bagi org-org yg mahu berfikir.'
AN-NAHL:68-69.

Lebah yang tidak mempunyai aqal, tak pernah ke sekolah, patuh kpd hukum dan perintah Allah ke atas dirinya sebagai lebah. Hasil dari kepatuhannya adalah madu lebah yg diminum manusia. Madu itu menjadi penyembuh penyakit dgn izin Allah, walaupun kadang-kadang madu boleh berubah menjadi 'hempedu', khususnya bagi kaum wanita..haha.gurau jaa. (=^_^=) .. Manusia pergi sekolah, sampai ke universiti mungkin, tapi ramai yg tak faham dan tak boleh ikut syariat Allah. Cara berpakaian, berpolitik, mencari rezeki dll, kadang-kadang melanggar hukum dan ketetapan Allah.Persetankan al-Quran dan as-Sunnah untuk kepentingan tertentu. Akhirnya, bumi dipenuhi spesis manusia engkar seperti ini. 

Teladanilah sang lebah. Walau hanya seekor binatang, namun madu yang di hasilkannya menjadi penawar buat sekelian manusia, sehinggakan kisahnya telah dirakamkan dalam al-Quran. Subhanallah.

 Begitulah kehidupan ini ' Hiduplah untuk berbakti' kerana orang yang berbakti akan terus hidup namanya walaupun telah mati.



Wallahua'lam

14 February 2012

Mujahid Bangga Melepas Pergi



Kalau bab tiru anasir dan budaya luar orang-orang kita memang terkenal dengan kejaguhannya.
 Kelmarin 14 Februari. Cukup sinonim sebagai hari kekasih. Entah ajaran mana yg diikut, kitab mana yang di imani, yang penting hari ini keluar berkepit bersama pasangan.. Bagi  pasangan yang sedang hangat bercinta inilah masa melepaskan 'kemuncak kerinduan' mereka.  Bermula dinner di Restoran-restoran di tambah dgn candle light yang kononnya untuk menghidupkan suasana romantik. Mulalah berbalas ayat-ayat cinta ala-ala 'Romeo dan Juliet'. Berjanji sehidup semati. Luahkan perasaan yang tidak sepatutnya. Lupa akan cinta hakiki terhadap Allah dan Rasul. Berlarutan hingga lewat malam, singgah di hotel-hotel murahan. Masing-masing menunaikan 'hadiah' hari kekasih buat sang kekasih. Di perkosa iblis dan syaitan, nafsu menjadi sandaran, tak peduli apa-apa,  yang penting dapat keseronokan. Bila pintu hotel di ketuk Pegawai Agama mulalah Si Jantan kelam-kabut nak terjun tingkap selamatkan diri tinggalkan kekasihnya, lupa janji-janji manis ingin sehidup semati sebentar tadi.. Inilah ragam dlm negara kita hari ini. Tak percaya ???  Baca saja dlm surat khabar. Kisah-kisah sebegini bakal memenuhi dada-dada akhbar hari ini.

Ramai yang ingat tarikh ini. 14 Februari adalah hari kekasih. Tetapi lebih ramai yang melupakan 12 Februari..Tarikh inilah, 63 tahun yang lalu asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna di bunuh hasil dari konpirasi jahat yang yang di rancang dengan licik. Tokoh ini telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab.  Pada hari Hassan al-Banna dibunuh, dunia ketika itu ibarat suatu yang paling tidak berharga. Mengapa peluru ini perlu menembusi tubuh ini. Ia menembusi tubuh yang diasuh dengan ibadah yang khusyuk, dibelai dengan sembahyang dan sujud yang lama. Ia menembusi tubuh yang diselaputi debu sepanjang perjalanannya di jalan Allah. Tubuh yang menempuh perjalanan yang tiada perhentian. Perjalanan yang membawa berjuta manusia mendengar kata-kata. Membawa manusia kepada Allah melalui suaranya yang bersemangat. Menyatukan beribu-ribu manusia untuk berada bersama di medan Islam. Melalui lidahnya, al-Quran kembali segar. Ciri pewaris nabi terpancar pada perwatakannya. Manusia yang unggul ini bangkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama satu generasi baru yang cintakan Islam dan berpegang teguh dengan Islam. Eropah memahami kewujudan manusia yang agung ini akan mengancam kewujudan mereka di Timur. Justeru mereka berbisik kepada kuncu-kuncu mereka. Akhirnya  asy-Syahid terpaksa bermandikan darahnya sendiri dan generasi yang dididiknya terpaksa merengkuk di dalam penjara" Muhammad al-Ghazali. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan MubarakKisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi..

Sejarah menukilkan, diktator kejam regim Mesir yang seperti Jenderal Najib, Jamal Abdul Nasser, Anwar Sadat dan Mubarak. Mereka yang zalim ini di jatuhkan dengan kuasa yang ada pada rakyat. Sekuat mana pun cengkaman mereka, mereka telah tumbang. Dunia hari ini berhadapan lagi satu siri kekejaman yang dilakukan oleh Bashar al-Assad. Bashar mengulangi sejarah kelam ayahnya Hafez al-Assad. Kita yakin bahawa kemenangan Allah hampir tiba. Terus berdoa agar negara Syria di selamatkan Allah, pemimpin mereka yang kejam dihancurkan Allah !

Malu bila berbicara mengenai tokoh-tokoh hebat seperti mereka. Sumbangan mereka untuk mengembalikan Islam terlalu banyak. Tanya pada diri kita, apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam. Tenaga? Masa? Harta? Idea? Penulisan? Lisan? Sungguh penulis katakan, kita patut merasa malu dengan mereka. Ada dalam kalangan mereka yang telah pun syahid kerana mempertahankan agama ini, sedangakan sebahagian kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebaran keringat. Dan lebih malang, menjadi penyokong pada kezaliman. Nauzubillah.. asy-Syahid Syed Qutb berkata pada adiknya Fatimah Qutb beberapa ketika sebelum beliau di gantung ' Wahai adikku, mengapa engkau bersedih ? Perjuangan ini ibarat rantai. Andai aku aku di gantung sebentar lagi, akan ada mata rantai lain yang menyambung perjuangan ini'. Mudah-mudahan kitalah mata rantai yang menyambung perjuangan ini. Liku perjuangan mesti di tempuh. Memang di dalam berjuang penuh dengan risiko, tetapi risiko yang lebih besar adalah apabila kita tidak berjuang kerana kita bakal di soal Allah s.w.t..

Al-Fatihah buat Hassan al-Banna, mujahid agung sepanjang zaman !

07 February 2012

Insan Mulia

Kubah Hijau, mulia kerana melindungi Rasulullah



Lebih seminggu tak menulis. Sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah selesai. Ditambah dgn pelbagai mehnah dunia yang pelbagai. Menjadikan degupan jantung semakin laju. Maulidur Rasul baru menyapa. Tak kisahlah bila tarikh sebenarnya, yang utama watak Insan Mulia ini mesti di teladani. Sirah Rasulullah di ulang baca saban tahun. Ceramah, forum, perarakan, kenduri dan sebagainya telah di adakan, namun masih ada yang menjadi pendusta. Bagi mereka, inilah masanya mereka menjadikan Maulidur Rasul sebagai pakaian menutupi kejahilan mereka. Konon cintakan Nabi, wahal ajaran yang Rasulullah s.a.w bawa di ketepikan dgn pelbagai alasan.. Bagi yang menyambut, teruskan menyambut walaupun ada membid'ahkannya.. Kata Dr 'Ali Jum'ah  (Mufti Mesir) di dlm kitab beliau al-Bayan lima yasyghal al-Azhaan "...sambutan peringatan Maulid Nabi s.a.w adalah seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah kerana ia adalah luahan atau ungkapan atas kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. "  Jadikan sambutan ini sebagai ekspresi kegembiraan dan kecintaan kepada baginda. Cinta dan mahabbah kepada Rasulullah adalah salah satu daripada tunjang keimanan yang hakiki..


Berabad-abad sudah berlalu
tak pernah kita bertemu 
tak pernah kami melihat mu
Rasulullah SAW , begitu agung namamu
bergetar hati, rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan
 rindu pada kepemimpinanmu

Darah dan nyawa engkau pertaruhkan

untuk ummatmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada tara
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
Rasulullah SAW , kami rindu padamu



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons