
1. Khutbah di Jami' Syuhada yang disampaikan sebentar tadi oleh guru kami, Dr Tolib Surayrah, berkisar firman Allah dibawah daripada Surah al-Fussilat. Jika kita kembali ke zaman Rasulullah di Makkah, kita akan dapati musyrikin yang ada pada waktu itu memiliki sekurang-kurangnya tiga keistimewaan yang tidak ada pada kaum selain mereka. Salah satu daripadanya ialah kekuatan bahasa yang dimilik terlalu hebat. Buktinya pada syair-syair jahiliyyah yang dihasilkan mereka jauh lebih hebat berbanding syair-syair mu'asiroh. Oleh sebab itu, al-Quran yang diturunkan memiliki keunikan bahasa yang lebih hebat, sekaligus menjadi pencabar kepada musyrikin Makkah ketika itu. Kebiasaannya, cabaran takkan datang melainkan kepada sesuatu yang kuat.2. Seperti...