23 March 2012

Jangan Jatuh Dalam Lubang Yang Sama Buat Kali Kedua



Ramai sahabat yang tanya, kenapa PAS tak mahu bersatu dgn UMNO ? Alasan mereka Allah yg Esa, Nabi yg sama, Quran yg satu, cuma lain bendera ja. Sehingga kami di gelar dengan pelbagai gelaran yang tak sepatutnya.  Kpd ustaz-ustaz, ahli politik, teman-teman yg cuba menyeru ke arah itu dgn alasan- Allah yg Esa, Nabi yg sama, Quran yg satu dll,  kami nk tanya , Abi Bakr r.h. dgn Abdullah b. Ubay sama bendera ke? Sama-sama solat, sama-sama hidup di zaman Rasulullah saw. Abi Bakr di bwh redha Allah, anak si Ubay di bwh murka Allah.

Islam mengajar supaya kita tidak jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. PAS pernah menyertai UMNO dlam pentadbiran kerajaan persekutuan .PAS 
berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. Hasilnya, PAS di tendang keluar pada tahun 1978. Penaglaman yang lalu sudah cukup mendidik.

Tuan Guru Presiden telah menjelaskan
kenapa Pas tidak mahu bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama Pas. Kita harap lepas ini ahli ahli PAS komited dengan perjuangan. Jangan samapi kita jatuh dlm lubang yang sama untuk kali kedua!

10 March 2012

Kemanisan Iman



'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Dr Fathi Yakan. Karya beliau ini sering di jadikan rujukan dalam usrah - usrah jemaah gerak kerja Islam. Buku setebal 200 lebih muka surat ini terbahagi kepada dua bahagian.
1) Sifat-sifat yang mesti ada pada seorang Muslim
2) Kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri dalam harakiah Islam

Antara yang dibahaskan pengarang, dalam perkara 15 di bawah tajuk Muslim Di sudut Aqidah, iaitu meletakkan kecintaan kpd Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya. Allah berfirman ' Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu ushakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusan Nya. Dan Allah tidak membri petunjuk kepada orang-orang yang fasiq' (At-Taubah : 24 )

Mencintai manusia tidak salah. Carilah
 ianamun jangan  kita lupa cinta terhadap Allah dan Rasul adalah yang tertinggi. 

Rasulullah bersabda “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Inilah yang disebutkan sebagai 'Halawatul Iman' (Kemanisan Iman). Rasulullah memberi isyarat, Iman yang manis datangnya dari hati yang mencintai Allah dan Rasul mengatasi cinta terhadap yang lainnya. Hari ini, manusia merebut gula di pasaran kerana sifatnya manis. Tetapi berapa ramai yang mengejar kemanisan iman ini. Yang ada, 'mulut manis'. Bila tiba musim pilihanraya lahirlah spesis sebegini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Menggula-gulakan rakyat dengan jalanraya, lebuh raya, pasar raya, baju raya, duit raya dll. Habis sahaja pilihanraya hilang. Tak peduli masalah kawasan. Inilah pemimpin Hantu Raya !

Sudah maniskah iman anda ?

03 March 2012

Asiah Wanita Syurga



Jumaat 2 Mac, solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah, Mafraq. Khutbah berkisar tajuk 'Jiran'. Kupasan yang 'secukup rasa' dari khatib. Didatangkan dengan nas-nas sohih serta beberapa pengajaran yang di selitkan untuk memberi pelbagai input bernas dari khutbah sepanjang 15 minit itu. Penulis tidak berhajat memuntahkan kembali apa yang sempat dirakam dalam peti minda, cumanya penulis tertarik dengan sepotong ayat yang di bacakan khatib pada permulaan khutbah.

Allah s.w.t berfirman di penghujung Surah At-Tahrim 'Dan Allah membuat satu perumpamaan kepada orang-orang beriman perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim' (At-Tahrim 11)

Ayat ini mengingatkan penulis, suatu ketika dahulu, di negeri Mesir, Fir’aun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian isterinya, Fir’aun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran bernama Siti Asiah sampai ke telinganya. Di ringkaskan cerita, ancaman demi ancaman diterima Asiah. Kerana ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun dengan mengajukan beberapa syarat, walaupun pada mulanya dia menolak untuk menjadi isteri kepada seorang raja yang terkenal dengan sifat ingkar kepada Allah tersebut.

Lembaran sejarah mencatatkan, Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan penuh dengan kemegahan. Tetapi bagi Siti Asiah sedikit pun tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus  jahiliyah sekeliling. Dia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Hampir setiap malam dia beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya tidak disentuh sekalipun suaminya.
Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya. Allah s.w.t menciptakan iblis yang menyamar dirinya seperti rupa Asiah untuk tidur dan bergaul bersama Firaun setiap malam.

Hari-harinya dilalui dengan redo. Baginya ini adalah ketentuan Allah yang mengandungi hikmah buat dirinya. Dia terus beribadah tanpa jemu. Menyaksikan pelbagai episod kezaliman suaminya. Asiah melaknat Fir’aun dengan kata-kata yang pedas. Dia menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir’aun, dan memilih keadaan mati seperti Masyitoh setelah menyaksikan Masyitoh dan anak-anaknyaterjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih hanya untuk mempertahankan kalimah tauhid yang di ungkapkannya. Tanpa tangis, tanpa takut dan tanpa keluar jeritan dari mulutnya. Tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu..
"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Inilah kemuliaan wanita yang berpegang teguh Iman mereka walau terpaksa menelan seribu macam kepahitan. Dia di uji Allah. Asiah mengajar kita, walaupun hidup di sisi seorang yang paling jahat di muka bumi, namun kalimah tauhid tetap di genggamnya walau seperit menggenggam bara api. Biar tangan terlebur, asalkan Islam tidak terlucut. Hebat mereka !

Itulah Asiah binti Muzahim.  Tak ramai Isteri yang mampu menjadi sepertinya. Mukminah sejati yang doanya di rakamkan di dalam al-Quran, lampu terang yang bersinar dalam kegelapan istana Fir'aun. Sekarang, siapa yang menerangi kita dengan cahayaNya yang tersebar bersama kesabaran dan keteguhan berdakwah di jalan Allah? Berdoa kepada Allah semoga Allah mengurniakan wanita hebat buat mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah di atas landasan kebenaran.



Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons