28 January 2012

Jangan Jadi Jahil



 ' Dan tidaklah (betul dan elok) org-org yg beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya org-org (yg tienggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yg dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yg keluar berjuang) apabila org-org itu kembali kpd mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan ALLAH).' (At-Taubah : 122)



Ketika berperang pun, Allah s.w.t  perintahkan sebahagian daripada kita kekal di kampung halaman mendalami ilmu manakala sebahagian yang lain berangkat menuju ke medan perjuangan. Kefardhuan menuntut ilmu mesti di pikul setiap dari kalangan kita. Jangan ada, walaupun seorang dari kalangan kita di dalam sof perjuangan ini tercicir dari menuntut ilmu. Ilmu mesti ditunut..

'... dan berdoalah dgn berkata,Wahai  Tuhanku, tambahkanlah  ilmuku' (To ha:14)..Di dalam ayat pertama yang diturunkan memerintahkan supaya kita membaca. Banyakkan membaca. Keluarkan diri dari kongkongan kejahilan dan kebengapan. Jahil agama, jahil hukum-hakam, jahil akhirat dan yang lebih teruk 'jahil murakkab'..Yg jenis ni memang bahaya. Tak ada manfaat lansung. Benda makruf di tentangnya, perkara maksiat di pertahankan sehabis keringat. Kononnya merekalah pembela. Kalau di tegur, buruk padahnya. Cerdik tak boleh ikut, pandai tak boleh di ajar.. Ada pulak yang bercakap Islam no 1, tapi Isteri sendiri tak bertudung.
Macam mna bro ?

Yang dah dah cerdik perlu ingat, satu ketika dia di gelar Abal Hakim (Bapa Hakim). Halal katanya halallah,jgn ada yg menukarnya jd haram meskipun di sisi Allah telah di haramkan. Datang Rasulullah s.a.w, berda'wah, mengajar manusia agama Tauhid,menentang ideologi Jahiliyyah mereka,  lalu Rasulullah s.a.w menggelarnya Abu Jahal (Bapa Kejahilan). Itulah gelaran yang paling sesuai baginya. Penentang Islam tegar..Ingat.
 Anda jahil andai anda menentang Islam !

Allahua'lam


25 January 2012

Ghurran Muhajjalin




Mengisi masa lapang cuti semester, penulis menziarahi teman-teman di Irbid. Keadaan sekeliling yg sarat dengan majlis-majlis ilmu waimma dlm kalangan pelajar melayu mahupun masyarakat Arab itu sendiri. Semalam penulis sempat menghadiri satu daurah di sebuah rumah pelajar di sini. Laju tgn menaip untuk penulis kongsikan  sepekara yang kadang-kadang di pandang sebelah mata sebahagian dari kalangan kita.

Kelas bersama  Sheikh Hamam (salah seorang ajk Darul Ifta' Jordan) berlegar-legar mengenai Wudhu'..Antara yg di bahaskan Sheiikh mengenai 'Ghurran dan Muhajjalin'
Rasulullah s.a.w bersabda :

إِنَّ أُمَّتِيْ يُدْعَوْنَ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ آثَارِ اْلوُضُوْءِ فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيْلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
“ Sungguh ummatku digelari di hari kiamat sebagai cahaya yang terang benderang, dari bekas wdhunya, maka barangsiapa yang mampu diantara kalian untuk memperluas bagian ( yang disentuh air) pada anggota wudhunya , maka lakukanlah ( HR. Bukhari )

Ghurran
adalah kilauan putih yang terdapat pada kening kuda. Manakala Muhajjalin adalah tanda putih yang terdapat pada kaki kuda.  Kata-kata ini digunakan sebagai simbolik untuk mengungkapkan kehebatan dan pujian terhadap sesuatu. Adapun, yang dimaksudkan disini adalah cahaya terang benderang yang ada pada wajah umat Muhammad s.a.whasil dari lebihan wudhu'nya..Lebihan yang dimaksudkan dlm Sabda Rasulullah s.a.w tersebut bukanlah penambahan dari segi bilangan,akan tetapi yg di maksudkan di sini adalah lebihan basuhan terhadap anggota wudhu'. Sebagai misal, andai kita membasuh anggota tangan, lebihkan dairpada had bahagian siku yg di tetapkan. Bahgian lebihan tersebut mampu menjadi cahaya kelak..

 Semoga kita berada di dalam kemuliaan Ghurran Muhajjalin yg sentiasa bercahaya pada yaumul qiyamah dan mampu menyelamatkan kita dari di salai api neraka .Allahumma Amin!

Allahua'lam.




25 Januari 2012
at - Sakan Kedah, Irbid, Jordan.



23 January 2012

Walimah 'Urus




Bismillah

Baru beberapa minggu sekolah di buka (di Malaysia) para pelajar khususnya di beri cuti semula. Kali ini cuti bersempena Sambutah Tahu Baru Cina. Tak kisah lah cuti apa pun. Bila datang sahaja musim cuti sekolah, antara agenda terbesar adalah majlis Walimah 'Urus - Kenduri Perkhahwinan. Beratus-ratus pasangan baru mendirikan sunnah Rasaulullah s.a.w ini..Ada yg kali pertama, tak kurang juga untuk yang kedua,ketiga mahupun keempat (^_^)

Sebahagian mereka menjadikan majlis ini sebagai medan menonjolkan kejahilan dlm diri mereka yang tak bertepi. Manakan tidak, majlis Ibadah sebegini tidak sepatutnya terpalit dengan acara-acara maksiat. pergaulan bebas lelaki dan perempuan,karaoke,tak kurang  yang berpakaian dgn fesyen ala-ala tak cukup kain dsb yang amat meloyakan tekak apabila mata melihat gelagat 'tidak siuman mereka'. Bila di tegur mulalah hendak bermasam muka, tak boleh terima kebenaran. Yang di tegur di cacinya tanpa bersyukur..Bak kata orang 'cerdik tak boleh ikut,bodoh tak boleh tunjuk'..Piiirahh!


Si ayahnya, bila nak kenduri baru terhegeh-hegeh nak jumpa Tok Imam, minta ajk masjid buat tahlil dsb, walhal sebelum ini dahi tak pernah sampai di sejadah masjid. Yang si ibu pula, waktu beginilah lintang pukang  tercari-cari kain
nak tutup kepala, bukan tutup aurat! Jambul tersembul keluar, mendada megah kehadapan, berjalan macam Itik pulang petang. Elok sgt lah tu makcik..Nak pasang khemah depan rumah jiran tak mimta izin jiran. Tak hormat hak jiran. Main pacak sesuka hati..

Imam Al- Ghazali r.h.m menyebut di dlm kitab Bimbingan Mukminin " Hendaklah ia menolak undangan, di mana makanan yg dihidangkan itu dari barang yg ada syubhat, ataupun jika dalam majlis undangan itu diadakan berbagai-bagai kemungkaran, ATAUPUN ORANG YG MENGUNDANG ITU BERSIFAT ZALIM, ATAU FASIQ, ATAU SUKA BERMEGAH DAN MEMBESAR DIRI."

Kepada golongan sebegini, kita nasihatkan kepada mereka supaya mematuhi garis panduan syarak yang telah ditetapkan, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah..


Saya pinjam kata guru saya : "
Iman kami tak boleh dibeli dgn semangkuk kuah kari! "Kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, Selamat menuju ke kehidupan yang baru, genggam erat tangan suami/isteri anda mendepani segala halangan dihadapan.

Semoga menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah :)



Allahua'lam




22 January 2012

Sebelum Terlambat




 " Wahai orang-orang yg beriman! Bertaubatlah kamu kpd ALLAH dgn sebenar-benar taubat, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari ALLAH tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dgnnya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafiq meraba-raba di dalam kegelapan): " Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kpd kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

AT-TAHRIM: 8



Adam dan Hawa a.h.m.s. bukan sahaja menghampiri pohon yang dilarang Alah untuk dihampiri, bahkan turut memakan buah terlarang. Akibatnya, Adam dan Hawa menerima perintah untuk turun ke bumi. Semuanya kerana nafsu. Mereka bertaubat kpd Allah. Taubat mereka diterima. Rujuk Al-A'Raf: 23


Dalam Sohih Muslim, ada hadith yg menceritakan tentang seorang lelaki yang telah membunuh 100 manusia . Dia menyesal dan bertaubat. Dalam perjalanan untuk bertemu dgn guru yg boleh membimbingnya ke jalan yg benar, dia dimatikan Allah. Dia dimasukkan Allah ke dalam Syurga, kerana niat ikhlasnya untuk kembali kpd Allah.


Sufyan Ats-Tsauri menyebut :
Semua dosa kerana nafsu, masih ada harapan pengampunannya. Semua dosa kerana takabbur, amat jauh dari pengampunanNya. Ini adalah kerana dosa Iblis berpunca dari takabbur, manakala dosa Adam a.s. berpunca dari nafsu

Jangan malu memohon ampun dari Allah atas memori lalu.Tanya pada diri, berapa banyak air mata taubat yang kita telah alirkan. Besar ganjaran bg yg berjaga di saat yang lain masih di dalam mimpi. Jangan nnt kita bangkit di akhirat menanggung dosa yg begitu banyak, ditambah pula dengan dosa orang yang penah kita zalimi seperti yang di sabdakan Rasulullah saw dlm hadith tentang golongan muflis.Nauzubillah !

Peringatan juga buat sang penulis yang entah berapa banyak dosa telah di lakukan dihadapan Tuhan yang sentiasa Memerhati. Tak mahu penulis menjadi seperti di sebutkan peribahsa 'Kokok berderai-derai,ekor sendiri bergelumang najis'

Allahua'lam.

19 January 2012

Penyakit Yang Bahaya




Bismillah

Ada penyakit yg sembuh dgn cepat, biiznillah. Ada penyakit yg ambil masa yg lama untuk sembuh. Ada penyakit yg Allah tambah lagi penyakit itu, makin sakit dan terus sakit, iaitulah penyakit hati golongan Munafiq. Firman Allah 'dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambah penyakitnya itu..' (Al-Baqarah 10).


Dalam ayat lain Allah
menceritakan ciri-ciri yang ada pada golongan ini. Firman Allah 'dan apabila di katakan pada mereka , Marilah (patuh) kpd apa yang di turunkan Allah dan kepada Rasul, nescaya engkau lihat orang-orang munafik menghalang engkau dengan sekuat-kuatnya” (61 An-Nisak)
Menjadi sifat mereka, bukan sekadar membenci perkara makruf, bahkan menjadi penghalang kepada gerak kerja Islam.



Mereka telah menyambung lidah Abdullah bin Ubai dan akan menghuni kerak-kerak neraka.. 'Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka' (145 An- Nisak)




Mereka menolak kebenaran Islam, mempertikaikan Al-Quran dan sunnah dalam keadaan mereka menyedari akan kebenarannya.
Jiwa mereka masih dijajah. Belum dapat dimerdekakan sepenuhnya. Menjadi pak turut dan tukang angguk membela kezaliman. Demi dunia dan habuannya, mereka pejamkan mata mrk dari nyalaan neraka. Mereka melakonkan pelbagai watak. Ucapannya lebih manis dari gula. Menjerat manusia dengan ayat-ayat bombastik.Bagi mereka habuan dunia adalah segala-galanya walau terpaksa menggadaikan aqidah yang sebenar.

Semoga Allah memelihara kita dari penyakit bahaya sebegini.

Allahua'lam



18 January 2012

Lidah Tak Bertulang




   



(23)  Sesungguhnya, telah kudapati ada seorang perempuan yang memerintah

        mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgasana yang
        besar”

(24)  Aku(burung hud-hud)dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan
        kepada Allah; dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka
       perbuatan-perbuatan (buruk) mereka,sehingga menghalangi mereka dari
       jalan Allah,maka mereka tidak mendapat petunjuk.

(25) Mereka (juga) tidak menyembah Allah yang Mengeluarkan apa yang
       terpendam di langit dan di bumi dan yang Mengetahui apa yang kamu
       sembunyikan dan yang kamu nyatakan






Burung hud-hud melaporkan dgn baik, jujur dan amanah, akan apa yg telah dilihatnya di negeri Sabak, kpd Nabi Sulaiman a.s. (SURAH AN-NAML: 23-25). Setengah-setengah kita , tidak jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat. Terselit di dalam laporan mereka niat yg tidak baik, ada perasaan dendam dan benci. Tidak kurang juga ingin merendahkan moral seseorang. Modalnya secawan kopi, 'berpidato' di warung-warung kononnya merekalah pembela.Walhal dlm masa yang sama tanpa di sedari hukum-hukum Al - Quran di tong sampahkan. Jika benar beriman , patuhi arahan Allah. Jgn sekadar menjadi pak turut , mengiyakan segala yang dtg tanpa di selidik. Firman Allah "wahai org-org yang beriman! Jika datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum..." ( 6 Al-Hujurat)

Rasulullah bersabda '
Berbahagialah bagi orang yang mampu mengawal lidahnya, dan luas rumahnya, dan menangis (karena menyesali) kesalahannya'
 (
Hadis Hasan Riwayat Thabarany)


Sifat buruk sebegini perlu di kikis. Nyah jauh-jauh dari diri. Supaya kita tidak menzalim manusia lain. Jangan kerana kepentingan kita sanggup korbankan kebenaran, di perkosa iblis dan nafsu..Seperti biasa, setiap yang di tulis adalah sebagai peringatan untuk penulis juga. Semoga kita mampu memelihara lidah-lidah kita.


Allahua'lam

15 January 2012

Kuda dan Manusia





Bismillah


Sengaja saya letakkan tajuk artikel demikian bersempena satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Aadiyat. Di dalam Al-Quran perkataan kuda di sebut beberapa kali. Sememangnya binatang yang di sebutkan di dalam kitab suci ini mengandungi banyak rahsia yang tersirat di sebaliknya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda ' ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah ' (HR Bukhari dan Muslim)

(1) Demi kuda yang berlari kencang terengah-engah
(2) dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kakinya)

(3) dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi
(4)
sehingga menerbangkan debu
(5) lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh
(6) sungguh, manusia itu sangat ingkar


Ayat 1 - 5 dari Surah Aadiyat memberi faham yang kukuh kepada kita kegigihan dan semangat yang di jelmakan oleh seekor binatang bernama Kuda. Dia (kuda) berkhidmat untuk tuannya semaksima tenaga yang ada. Berlari kencang. Menghentak-hentak kaki sangat kuat sehingga memercikkan kumpulan bunga api. Menyerang musuh tuannya walau waktu pagi. Hatta debu berterbangan. Menyerbu ke tengah kumpulan musuh tanpa memikirkan keselamatannya.

Tetapi 
ayat selepasnya Allah s.w.t memberi amaran tentang keadaan manusia. Firman Allah ' sunnguh , manusia itu sangat ingkar '

5 ayat Allah menceritkan tentang kehebatan Kuda Perang yg setia berkhidmat untuk tuannya. Namun ayat ke enamnya sengaja di ceritakan perihal manusia. Manusia adalah ingkar. Apabila di suruh Allah berjuang
di atas jalanNya , mereka lebih cintakan dunia berbanding akhirat yang telah di sajikan Allah buat mereka yang berkhidmat untukNya. Firman Allah ' Wahai orang yang beriman , mengapa apabilah di perintahkankepada kamu , berangkatlah (untuk berperang di jalan Allah) kamu merasa berat dan tetep di tempat tinggal mu ? apakah kamu telah menyenangi kehidupan di dunia daripada akhirat ? tidaklah kehidupan di dunia (jika dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit' ( 38 At-Taubah )


Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan manusia ingkar , yang nilainya jauh lebih rendah dari seekor kuda.
Jadikan diri kita sebagai salah satu mata rantai menyambung perjuangan yang di dokong oleh Baginda Rasul s.a.w. dan sentiasa berkhidmat untuk agama Allah yang mulia dgn harta, tenaga, masa hatta darah dan nyawa andai itu yg dimahukan sebagai ganti.


ALLAHUA'LAM


14 January 2012

The Golden Age

Bismillah

Alhamdulillah,beberapa bulan tidak menulis, masa diluangkan untuk mengasah skill penulisan yang semakin berkarat,di samping kekangan masa yang tidak menentu.Di tambah dengan masalah pada blog lama, sebenarnya 'waktu rehat' yang dilalui cukup memberi seribu satu pengajaran yang baru buat diri penulis. Penulis baru sahaja memulakan kehidupan baru. Kalau dahulunya penulis adalah seorang PELAJAR SEKOLAH kini sudah bergelar MAHASISWA. Kata orang zaman mahasiswa adalah zaman keemasan. Majoritinya,golongan mahasiswa di barisi oleh intelek muda. Mereka mempunyai semangat yang tinggi, jiwa yang bergelora, pandangan yang bernas, tubuh badan yang sihat dan kuat.


Sejarah telah membuktikan bahawa perubahan-perubahan besar yang berlaku di dunia ini dimulakan oleh golongan muda sekitar 20-an. Ramai Islamis suka mengambil contoh dari sejarah Islam. Antara yang terkenal adalah Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka Konstantinapole pada umur 21. Hassan Al-Banna juga memulakan gerakan Ikhwan pada umur 20-an. Tetapi kita jangan lupa sunnah kebangkitan yang telah ditetapkan Allah teraplikasi juga kepada non-muslim selagi mereka ini Manusia. French Revolution contohnya menyaksikan kebangkitan yang dimulakan oleh golongan muda 20-an.

Media sering melaporkan bagaimana anak muda masa kini, telah mengorak langkah membentuk dunia baru.Masihkah kita ingat,revolusi yang di gerakkan anak muda seluruh dunia khususnya neagara-negara arab beberapa ketika lau. Kebangkitan anak muda di Tunisia, Kemudiannya sampai ke Mesir, yang mengakibatkan tersungkur pemimpin mereka yang zalim dan kejam. Kemudian 'virus' tersebut berpindah ke Yaman, Bahrain dan insyaAllah akn sampai ke negara Malaysia. Demikian,kuasa yang dimiliki oleh anak muda.

Pemuda-pemuda ashabul kahfi, Muhammad al- Fateh, Hassan al- Banna, Yahya Ayyash adalah di antara barisan pemuda hebat yang telah meninggalkan kita, namun mereka pergi tidak bawa bersama teladan yang mesti di kaut oleh setiap jiwa pemuda.

Sabda Rasulullah : “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya Pemimpin yang adil,  Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya,  Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,  Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah,  Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’,  Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh tangan kanannya, serta  Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.” (HR Bukhari)

Pemuda mestilah tumbuh dalam ketaatan (ibadah) kepada yang Esa.
Semoga  hati-hati yang suram tersentuh dengan kalam penulis yang tak kurang salah dan silapnya.

ALLAHUA'LAM



13 January 2012

Terasa Asing








بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam ini pada awalnya dianggap aneh dan akan kembali menjadi aneh sebagaimana awalnya dan beruntunglah orang-orang yang dianggap aneh saat itu.” [HR. Muslim,Sunan Ibnu Majah




Alhamdulillah.setelah sekian lama tidak menulis atas sebab-sebab tertentu,penulis mulakan entri pertama untuk blog baru ini sedikit-sebanyak yang termampu.Saat artikel ini ditulis, penulis baru berusia 4 bulan berada di bumi syuhada' Mutah,Jordan.

Bumi Mu'tah jauh sekali berbeza dgn situasi di Malaysia. Pertama kali kaki penulis bertapak di bumi barakah ini,penulis dapat merasakan kelainan.Terasa diri sunguh asing..Cuaca, masyarakat, keadaan sekeliling dan pelbagai lagi aspek kehidupan yang penulis lalui di Malaysia,berbeza di sini..18 tahun hidup di tanah kelahiran, pelbagai warna-warni kehidupan yang telah penulis lalui.Namun semuanya di tinggalkan.

Terfikir di kotak minda, bagaimana 'Hijrah' yg pasti di lalui oleh setiap yang mempunyai nyawa kelak.Kalau kini 'hijrah' yang penulis lalui sudah cukup membuatkan penulis merasakan asing, bagaimana keadaan ketika kita di 'hijrahkan' pada satu masa yang tak sapa tahu melainkan Dia..Pasti keadaan ketika itu jauh lebih asing.

Berdoa kepada Allah supaya kita di golongkan dalam golongan 'Ghuraba' yg di sebutkan oleh Rasulullah SAW dan menjadi benteng kukuh untuk Islam.Semoga kita sentiasa di bawah naungan Rahmat dan Kasih Sayang Allah..

ALLAHUA'LAM









12 January 2012

Blog Baru

Assalamu'alaikum wrm.

Akibat serangan virus, blog yg lama tinggal kenangan sahaja..Posting akan menyusul kemudian.
IsyaAllah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons