
Bismillah
Dari kecil penulis di ajar hidup ini mesti berbakti. Sebagai anak lelaki tunggal dlm keluarga, ayah tidak pernah manjakan penulis seperti kakak-kakak. Tak semua yang di minta diberi dengan mudah, walaupun penulis tahu ia dalam kemampuan ayah untuk mendapatkannya. Bukan kerana di pinggirkan, tetapi itulah acuan yg ayah gunakan untuk mendidik anak lelaki tunggalnya supaya belajar hidup lasak.
Ayah selalu pesan 'Hidup kalau tak mahu tolong orang, jangan minta tolong orang bila kita susah'. Penulis pegang kata-kata ini. Biarlah hidup ini tak senang, tapi ringan tulang. Jangan lari bila di minta tolong, nanti dah susah baru nak terpekik telolong.
`Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: `Hendaklah engkau membuat sarangmu...