14 February 2012

Mujahid Bangga Melepas Pergi



Kalau bab tiru anasir dan budaya luar orang-orang kita memang terkenal dengan kejaguhannya.
 Kelmarin 14 Februari. Cukup sinonim sebagai hari kekasih. Entah ajaran mana yg diikut, kitab mana yang di imani, yang penting hari ini keluar berkepit bersama pasangan.. Bagi  pasangan yang sedang hangat bercinta inilah masa melepaskan 'kemuncak kerinduan' mereka.  Bermula dinner di Restoran-restoran di tambah dgn candle light yang kononnya untuk menghidupkan suasana romantik. Mulalah berbalas ayat-ayat cinta ala-ala 'Romeo dan Juliet'. Berjanji sehidup semati. Luahkan perasaan yang tidak sepatutnya. Lupa akan cinta hakiki terhadap Allah dan Rasul. Berlarutan hingga lewat malam, singgah di hotel-hotel murahan. Masing-masing menunaikan 'hadiah' hari kekasih buat sang kekasih. Di perkosa iblis dan syaitan, nafsu menjadi sandaran, tak peduli apa-apa,  yang penting dapat keseronokan. Bila pintu hotel di ketuk Pegawai Agama mulalah Si Jantan kelam-kabut nak terjun tingkap selamatkan diri tinggalkan kekasihnya, lupa janji-janji manis ingin sehidup semati sebentar tadi.. Inilah ragam dlm negara kita hari ini. Tak percaya ???  Baca saja dlm surat khabar. Kisah-kisah sebegini bakal memenuhi dada-dada akhbar hari ini.

Ramai yang ingat tarikh ini. 14 Februari adalah hari kekasih. Tetapi lebih ramai yang melupakan 12 Februari..Tarikh inilah, 63 tahun yang lalu asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna di bunuh hasil dari konpirasi jahat yang yang di rancang dengan licik. Tokoh ini telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab.  Pada hari Hassan al-Banna dibunuh, dunia ketika itu ibarat suatu yang paling tidak berharga. Mengapa peluru ini perlu menembusi tubuh ini. Ia menembusi tubuh yang diasuh dengan ibadah yang khusyuk, dibelai dengan sembahyang dan sujud yang lama. Ia menembusi tubuh yang diselaputi debu sepanjang perjalanannya di jalan Allah. Tubuh yang menempuh perjalanan yang tiada perhentian. Perjalanan yang membawa berjuta manusia mendengar kata-kata. Membawa manusia kepada Allah melalui suaranya yang bersemangat. Menyatukan beribu-ribu manusia untuk berada bersama di medan Islam. Melalui lidahnya, al-Quran kembali segar. Ciri pewaris nabi terpancar pada perwatakannya. Manusia yang unggul ini bangkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama satu generasi baru yang cintakan Islam dan berpegang teguh dengan Islam. Eropah memahami kewujudan manusia yang agung ini akan mengancam kewujudan mereka di Timur. Justeru mereka berbisik kepada kuncu-kuncu mereka. Akhirnya  asy-Syahid terpaksa bermandikan darahnya sendiri dan generasi yang dididiknya terpaksa merengkuk di dalam penjara" Muhammad al-Ghazali. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan MubarakKisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi..

Sejarah menukilkan, diktator kejam regim Mesir yang seperti Jenderal Najib, Jamal Abdul Nasser, Anwar Sadat dan Mubarak. Mereka yang zalim ini di jatuhkan dengan kuasa yang ada pada rakyat. Sekuat mana pun cengkaman mereka, mereka telah tumbang. Dunia hari ini berhadapan lagi satu siri kekejaman yang dilakukan oleh Bashar al-Assad. Bashar mengulangi sejarah kelam ayahnya Hafez al-Assad. Kita yakin bahawa kemenangan Allah hampir tiba. Terus berdoa agar negara Syria di selamatkan Allah, pemimpin mereka yang kejam dihancurkan Allah !

Malu bila berbicara mengenai tokoh-tokoh hebat seperti mereka. Sumbangan mereka untuk mengembalikan Islam terlalu banyak. Tanya pada diri kita, apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam. Tenaga? Masa? Harta? Idea? Penulisan? Lisan? Sungguh penulis katakan, kita patut merasa malu dengan mereka. Ada dalam kalangan mereka yang telah pun syahid kerana mempertahankan agama ini, sedangakan sebahagian kita hanya berpeluk tubuh tanpa sebaran keringat. Dan lebih malang, menjadi penyokong pada kezaliman. Nauzubillah.. asy-Syahid Syed Qutb berkata pada adiknya Fatimah Qutb beberapa ketika sebelum beliau di gantung ' Wahai adikku, mengapa engkau bersedih ? Perjuangan ini ibarat rantai. Andai aku aku di gantung sebentar lagi, akan ada mata rantai lain yang menyambung perjuangan ini'. Mudah-mudahan kitalah mata rantai yang menyambung perjuangan ini. Liku perjuangan mesti di tempuh. Memang di dalam berjuang penuh dengan risiko, tetapi risiko yang lebih besar adalah apabila kita tidak berjuang kerana kita bakal di soal Allah s.w.t..

Al-Fatihah buat Hassan al-Banna, mujahid agung sepanjang zaman !

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons