17 December 2014

Kata Tanpa Suara

Subuh waktunya tenang Nak bangun bukannya senang Seperti dimedan perang Hinggakan selalu culas sembahyang Hidup kita setiap detik berjuang Singa yang kuat pada pagi dan petang Pada malam yang panjang Merintih kepada Tuhan dek dosa yang dikenang Fitnah munafiqin umpama pedang Amat merbahaya kerana petualang Luarnya selali deperelok dalamnya buruk jika dipandang Bila dimedan sentisa membelakang selalu pula tikam dari belakang! Umar, Subuh 18 Dis 2014, MaSjid Syuhada', Mutah Jordan. ...

08 September 2014

Cermin Kehidupan

Ada seorang sahabat yang saya cintai kerana Allah. Selalu menasihati, berkata dengan perkataan yang baik-baik & tak pernah sesekali menzahirkan rasa benci melayan karenah saya yang kadang kadang seperti tak tentu arah.Beliau hadir mendidik erti kesabaran dan akhlak budi, meski dibilang bilang sayalah gurunya.Saya bukanlah manusia pilihan Tuhan, bukan hadir dari keluarga pilihan, tidak juga rijal ad-din yang hebat bekerja untuk agama, tetapi Tuhan kirimkan teman ini yang terlalu sempurna.Hanya baru beberapa tahun kukenalinya, namun nilai perkenalan ini dirasakan seperti puluhan tahun lamanya. Persahabatan yang dibina ini, diikat atas nama aqidah yang suci. Ia seperti cermin hidup. Cermin hidup itu akan lihat kelemahan dan kesalahanku,...

13 July 2014

Iman Diuji

Berpuasa selama 16 jam, naik turun maktabah menghabiskan tugasan untuk siapkan 2 bahas (tesis), mesyuarat luar kawasan setiap hujung minggu, cuaca panas yang menguji dan pelbagai karenah Arab yang memenatkan antara warna warni kenangan manis bulan Ramadhan ditanah Arab kali ketiga buat penulis. Harini hari ke 14 berpuasa. Malam ini perlawanan akhir piala dunia. Serangan ke atas penduduk Gaza masih berterusan. Kita doakan mudah-mudahan Allah berikan kemenangan pada umat Islam.Kitab Seerah diteliti, sedut bebrapa ibrah untuk dijadikan bekalan menyuntik semangat meneruskan kerja kerja juang dan menuntut ilmu yang tak pernah meminta kita berehat apatah lagi meniggalkannya.Kisah 3 org sahabat - Ka'ab bin Malik, Murarah bin Ar-Rabi'e dan Hilal bin...

Cinta

Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta.Ini mengingatkan kita kepada rangkap puisi yang disandarkan...

15 January 2014

Subuh

“ Dan (dirikanlah pula) solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.” (Surah al-Isra 17 : 78)Assalamualaikum w.b.t.Waktu Subuh adalah waktu yang tenang dan nyaman. Allah s.w.t memilih kaum Nabi Luth yang ingkar untuk di musnahkan pada waktu Subuh. Allah berfirman ;Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud)Syeikh Sya'rawi menyebut di dalam Tafsirnya, mereka (Kaum Luth yang ingkar) dibinasakan oleh Allah pada waktu Subuh yang dikenali sebagai waktu paling nyaman dan menenangkan ialah sebagai suatu tanda kehebatan azab keatas mereka supaya mereka betul-betul kesal dengan tindakan mereka.Subuh...

14 January 2014

Mewarnai Lukisan Kehidupan

Assalamu'alaikum w.b.t Selesai 4 kertas peperiksaan, berbaki hanya 1 lagi iaitu subjek Adyan Muqoronah. Belajar tentang perbandingan agama-agama dengan Dr Qois Mu'aitoh. Al-fadhil Dr seorang yang ceria. Beliau guru pertama mengucapkan ucapan tahniah kepada penulis di dalam kelas dan hadapan orang ramai selepas dilantik sebagai Presiden PERMATA pasca PRK PERMATA 2013. Banyak kali berhubung dengan beliau melalui telefon kerana sangat mesra dan mudah didekati. Warna-Warna Yang Indah ALLAH SWT mencipta kehidupan kita dengan seribu macam warna-warna yang indah. Rasulullah S.A.W pernah merah mukanya apabila hak ALLAH cuba dicabuli. Dalam sebuah Hadis yang agak panjang, Rasulullah menegaskan: ' ..Demi ALLAH! Jika sekiranya anakku Fatimah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons