27 October 2013

Kita

Kalian sebar aib/kelemahan kami, konon cegah mungkar. Kalian hina kami, konon kritik. Kalian kata kami taasub, konon terbuka. Kalian kecilkan idea kami, konon kebebasan. Suruh tengok-tengok hati kalian, dah kecil katanya. Suruh tengok-tengok perasaan kalian, dah calar katanya. Asyik kami tengok, asyik kami jaga. Hati kami siapa tengok? Siapa jaga? ------------------------- Eh. Kalian? Kami? Kita. Ya kita! Muhammad Azim, Mu'tah Jordan....

10 October 2013

Pilih Pasangan Guna Penapis

Pesan seorang 'abang' yang telah mendirikan rumah tangga : " Kalau enta nak kahwin, cari isteri yang solehah. Dia akan senangkan enta semua perkara. Percayalah" X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X Berehat seketika dari mengulangkaji pelajaran, membuat sedikit persediaan untuk final exam beberapa hari lagi. Membaca untuk peperiksaan memang tak mudah, berbeza dengan bacaan untuk menambah maklumat. Perlukan tumpuan untuk memahami, mengingat dan menulis. Apatah lagi bagi subjek yang penuh dengan perbezaan dalam ijtihad para ulama'. Saya ambil kesempatan waktu ini untuk menulis. Disebabkan saya menulis ketika sedang merehatkan diri buat seketika, maka saya tulis dengan bahasa yang santai dan bersahaja. Macam orang sedang bersembang. Teringat akan sabda...

27 July 2013

Rancanglah

Kelmarin sahaja hampir 5 mesyurat/pertemuan kena saya hadiri. Inilah rutin harian. Mesyuarat, program, jumpa orang ke hulu-hilir dan lain-lain sudah sebati sejak menyandang jawatan sebagai Exco. Pernah terfikir, masa sibuk ini diterima Allah ataupun tidak? Semoga tidak sia-sia. Hari ini Sabtu. Esok dan Lusa (Ahad & Isnin) saya akan menghadapi peperiksaan akhir bagi semester terakhir tahun kedua di Univ. Mu'tah.  Dan Alhamdulillah, keesokannya (Selasa) saya diizinkan Allah untuk pulang bercuti bertemu keluarga tercinta setelah dua tahun di perantauan. Ayah, Mak, Kak Chaq, Kak, Kak Chik & Jibah tak sabar menanti. X X X X X X X X X Saya belajar dari kesibukan adalah merancang sebelum bertindak. Semasa di Amman 3 minggu lepas, saya beli sebuah buku yang ditulis...

07 May 2013

Pasca PRU-13

Bismillah. Kita sedih bukan sebab kalah. Tapi geram sebab bangla, blackout., media berat sebelah, dakwat tak kekal dan macam-macam lagi.Apapun kita tak pernah bersedih sebab kalah. Beza kerusi di Parlimen dan Negeri Kedah (khususnya) tidak banyak.Wakil PR makin ramai di dalam dewan untuk mewakili rakyat. Kita wajib bersangka baik dengan perancangan Allah ini. Wajib!Kita sokong siapa yang naik. Wlaupun tokey arak, kaki rasuah, menang tak telus, undi tentera, balckout, peti undi hilang dan lain-lain kita serah pada Allah segala. Semoga Allah tentukan yang terbaik untuk hamba yang mahu bertaubat dan berubah. Kalau mereka tak berubah, kegemilangan Islam di Kedah 1 persatu mereka lenyapkan, kita tekad untuk hukum balik dalam GE14 @ sebelumnya.Sekarang...

30 April 2013

Puzzle Kehidupan

Hidup ini penuh warna-warni. Islam mengajar manusia untuk mencari yang terbaik dan berkualiti dalam hidup. Banyak saranan Allah dan Rasulnya tentang perkara ini.  # " Dialah yang menjadikan mati & hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya" (Al-Mulk). # "..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (Az-Zumar) # “Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Riwayat Baihaqi) Dan banyak lagi...

28 April 2013

Mangsa Persatuan

“sepanjang ana jadi ALT, 3 subjek ana rasib” “anta dah jadi mangsa akhowat ” “tu la, aktif sangat sampai tak tidur malam” Konsep persatuan mengikut kertas sangat menguntungkan seseorang. Kemahiran insaniah, pengalaman, kepimpinan, berinteraksi dengan orang lain. Namun itu semua berdasarkan kertas kerja MBO dan pendapat mereka yang sangat mencintai persatuan, namun bagaimana pula dengan hakikat sebenar dan apa pula kata mereka yang anti persatuan? Gadaikan Akademik? Inilah teori popular di kalangan pelajar Mu’tah apabila ditanya mengapa tidak berminat dengan persatuan. Teori itu semakin terbukti benar apabila dipraktikan pula oleh sebilangan orang dalam persatuan sendiri. Mana tidaknya, siang hari sibuk dengan urusan...

14 April 2013

Fitnah Dunia

3 bulan tak menulis. Konon sibuk, sebenarnya malas. Hari ini terdetik hendak menulis, tangan mencapai laptop. Suis dibuka dan mula menaip. Tak tahu apa yang hendak di catat. Jam menunjukkan 3.30 pagi. Mata masih belum pejam. Baring di atas tilam, pusing ke kanan dan kiri. Bangun, duduk dan baring kembali. Tak tahu apa masalah. Rasanya ini kali pertama sepanjang di Jodan, waktu malam sangat terganggu.  Pukul 4 pagi, masih lagi dalam keadaan yang sama. Cuba bangun untuk ambil wuduk dan menunaikan solat 2 rakaat. Terhoyong hayang dah macam orang mabuk. Tepat jam 8 pagi, terpaksa buat keputusan 3 kelas pada hari ini dilepaskan lagi. Bila badan tak sihat, rasa mula dekat dengan Allah. Waktu inilah, mula nak berfikir bahawa Tuhanlah segala-galanya....

15 January 2013

Kisah Musa a.s & 2 Gadis

 Bukankah yang paling menundukkan pandangan itu paling hampir kepada Iman ?  [23] Dan ketika dia sampai di telaga  by Browse to Save">air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. [24 ]Maka Musa pun membantu memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa...

02 January 2013

Tetamu Yang Di Nanti

Bulan September yang lalu penulis menerima kunjungan rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Kali ini di tugaskan untuk menjadi pemandu bagi rombongan. Membawa melawat beberapa tempat bersejarah dan keadaan pelajar di Jordan khususnya pelajar Kedah di sini disamping berjumpa wakil-wakil persatuan dan EMJ.  Selang beberapa bulan, pada pertengahan November yang lalu,menerima kunjungan dari wakil Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK). Berbual dan bercerita bersama Hj. Rahman (Pengurus Besar YINK) memang tidak kering gusi. Banyak lawak dan jenaka beliau yang memberi manfaat.  Beberapa minggu kemudiannya, penulis sekali lagi gembira menerima kedatangan keluarga dari Malaysia yang bercuti di sini. Ternyata kehadiran...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons