03 March 2012

Asiah Wanita Syurga



Jumaat 2 Mac, solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah, Mafraq. Khutbah berkisar tajuk 'Jiran'. Kupasan yang 'secukup rasa' dari khatib. Didatangkan dengan nas-nas sohih serta beberapa pengajaran yang di selitkan untuk memberi pelbagai input bernas dari khutbah sepanjang 15 minit itu. Penulis tidak berhajat memuntahkan kembali apa yang sempat dirakam dalam peti minda, cumanya penulis tertarik dengan sepotong ayat yang di bacakan khatib pada permulaan khutbah.

Allah s.w.t berfirman di penghujung Surah At-Tahrim 'Dan Allah membuat satu perumpamaan kepada orang-orang beriman perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim' (At-Tahrim 11)

Ayat ini mengingatkan penulis, suatu ketika dahulu, di negeri Mesir, Fir’aun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian isterinya, Fir’aun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran bernama Siti Asiah sampai ke telinganya. Di ringkaskan cerita, ancaman demi ancaman diterima Asiah. Kerana ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun dengan mengajukan beberapa syarat, walaupun pada mulanya dia menolak untuk menjadi isteri kepada seorang raja yang terkenal dengan sifat ingkar kepada Allah tersebut.

Lembaran sejarah mencatatkan, Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan penuh dengan kemegahan. Tetapi bagi Siti Asiah sedikit pun tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus  jahiliyah sekeliling. Dia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Hampir setiap malam dia beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya tidak disentuh sekalipun suaminya.
Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya. Allah s.w.t menciptakan iblis yang menyamar dirinya seperti rupa Asiah untuk tidur dan bergaul bersama Firaun setiap malam.

Hari-harinya dilalui dengan redo. Baginya ini adalah ketentuan Allah yang mengandungi hikmah buat dirinya. Dia terus beribadah tanpa jemu. Menyaksikan pelbagai episod kezaliman suaminya. Asiah melaknat Fir’aun dengan kata-kata yang pedas. Dia menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir’aun, dan memilih keadaan mati seperti Masyitoh setelah menyaksikan Masyitoh dan anak-anaknyaterjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih hanya untuk mempertahankan kalimah tauhid yang di ungkapkannya. Tanpa tangis, tanpa takut dan tanpa keluar jeritan dari mulutnya. Tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu..
"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Inilah kemuliaan wanita yang berpegang teguh Iman mereka walau terpaksa menelan seribu macam kepahitan. Dia di uji Allah. Asiah mengajar kita, walaupun hidup di sisi seorang yang paling jahat di muka bumi, namun kalimah tauhid tetap di genggamnya walau seperit menggenggam bara api. Biar tangan terlebur, asalkan Islam tidak terlucut. Hebat mereka !

Itulah Asiah binti Muzahim.  Tak ramai Isteri yang mampu menjadi sepertinya. Mukminah sejati yang doanya di rakamkan di dalam al-Quran, lampu terang yang bersinar dalam kegelapan istana Fir'aun. Sekarang, siapa yang menerangi kita dengan cahayaNya yang tersebar bersama kesabaran dan keteguhan berdakwah di jalan Allah? Berdoa kepada Allah semoga Allah mengurniakan wanita hebat buat mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah di atas landasan kebenaran.



Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons