25 November 2012

Sibuk Bukanlah Alasan

Hujung minggu adalah hari ’kerja’ buat penulis. Waktu hujung minggu inilah sarat dengan pelbagai akitiviti, program persatuan, mesyuarat dan kerja-kerja lain seorang mahasiswa.Ramai orang berpesan supaya jangan terlalu sibuk dengan kerja sehingga menjejaskan akademik. Benar, tapi itu bukanlah kerisauan besar bagi penulis. Perkara lebih penting yang menjadi kebimbangan penulis ialah bila terlalu sibuk dengan pelbagai urusan, ibadah makin terganggu. Solat berjemaahnya entah kemana, al-quran jarang-jarang dibuka, zikir ma’thurat makin kurang di lazimi..Nauzubillah.. Sibuk bekerja boleh dikatakan sebagai faktor merosot akademik. Tetapi sibuk bekerja, bukan alasan untuk ‘gagal’ dalam beribadah keada Allah. Gagal dalam ibadah barulah alasan yang tepat pelbagai kemerosotan. Setuju ? Minggu lalu, hari rabu 14 Nov penulis di Amman. Selesai urusan pulang ke Mu’tah dalam kadar segara. Kemudiannya bertolak ke Irbid untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil peluang bertemu rakan-rakan rapat di sana. Selesai urusan di Irbid, bergegas pulang ke Mu’tah seusai solat Subuh pada hari Jumaat. Tiba di Mutah sekitar jam 10 pagi. Sejam kemudiannya terus bergerak ke Aqobah bersama beberapa teman rapat (Kailani, Ihsan, Hanif,Hakim) dengan menaiki kereta yang di sewa. Penulis menggunakan sepanjang perjalanan selama hampir 3 jam untuk ‘qado’ waktu rehat sebelum ini. Tiba di sana, kami menghabiskan cuti hujung minggu dengan sebaiknya. Tanggalkan seketika kesibukan urusan harian yang memenatkan, ambil peluang untuk rehatkan badan dan meniup kembali semangat perjuangan yang kadang-kadang seakan hilang dan hampir terpadam. Laut Aqobah, seberangnya adalah bumi Israel. Berhampiran kami bumi Palestin yang sedang dicabul dengan rakus oleh Rejim Zionis. Mereka bukan sahaja membunuh anak-anak muda, bahkan kanak-kanak kecil dan ibu-ibu mengandung yang tidak bersalah. Berdiri bersebelahan dengan tanah yang subur dengan darah jihad, mekar dengan jiwa pahalawan membuatkan penulis rasa sangat kerdil dan hina. Apalah sangat jika nak dibandingkan keletihan dan kesibukan diri berbanding dengan perjuangan saudara di sana. Ceritera perjuangan yang mereka lalui amtlah perit dan sukar. Kadang-kadang terfikir adakah mereka punyai waktu rehat seperti aku ? Sunggguh, seorang daei perlukan kerehatan untuk bangun kembali dan terus berjuang. Namun demikian, rehatnya bukan tanda kelalaian. Tetapi lebih dari itu untuk membuahkan kembali semngat yang terkadang kabur. Doaku pada saudara-saudar ‘di sana’ semoga Allah membantu. Malu aku dengan perjuangan kalian tidak bertepi.. Syahidkan kami ya Allah! Amin ya robb..

30 October 2012

Mengapa Ibrahim Rela Korbankan Anaknya ?




"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani "


Ayat di atas merupakan sebahagian doa yang Nabi Ibrahim a.s minta kepada Allah. Nabi Ibrahim memohon supaya beliau, anak dan zuriat keturunannya dijadikan Allah sebagai orang yang menyerah diri kepada Allah semata-mata. Hasilnya, Ismail a.s (anak beliau) tak pandai untuk membantah ketika Allah s.w.t mewahyukan kepada ayahnya (melalui mimpi) untuk menyembelih dirinya. Firman Allah 
“Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, Ibrahim berkata, ‘Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu’” (TQS, Ash-Shaffat [37] : 102)Inilah dia Ismail a.s yang Allah sebutkan sebagai Ghulam al-Halim di dalam beberapa ayat sebelumnya.

Siti Hajar memiliki sifat dan cerita yang hampir sama dengan puteranya. Tatkala Ibrahim diperintahkan untuk meninggalkan mereka di suatu lembah yang tiada sebarang tumbuhan melainkan 2 bukit (iaitulah Sofa dan Marwah) dan serigala ganas yang tiada belas kasihan terhadapa manusia, Siti Hajar tidak sedikit pun punya keinginan untuk dia membantah sekalinya beliau berhak menyatakan demikian sebagai seorang isteri. Firman ALlah di dalam Surah Ibrahim
 "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya".   Allahu, hebat keluarga Ibrahim. Di dalamnya terdapat model suami, isteri dan anak yang terbaik. Meraka membuktikan ketaatan kepada Allah adalah segala-galanya.


Ibadah haji yang di lakukan punyai mesej yang tersendiri. Perhimpunan terbesar umat Islam di 'Arafah menjadi simbol perhimpunan kita di mahsyar. Mengutip batu untuk melontar di jamrah menjadi simbol bahawa umat Islam perlu ada senjata untuk mendepani musuh. Tak kiralah sekalipun musuh itu teman sekalas, rakan politik mahupun UMNO dan Yahudi Israel laknatullah ! Cerita melontar, memberi faham kepada kita bahwa syaitan dan iblis adalah musuh utama. Balin dan lemparlah kepada mereka sedaya yang termampu. Nyah jauh-jauh dari hidup kita!

Aidiladha & korban yang sedang kita lalui ini bukan sahaja habis setakat lembu, kambing dan unta yg di tumbangkan. Bahkan ia membawa kpd satu falsafah yg di ajar Nabi Ibrahim a.s, iaitulah Ketaatan kpd Allah dlm apa saja perkara walaupun sampai kepada tahap bagi Nabi Ibrahim dia menyembelih anaknya Ismail a.s..


Maka bagi kita itulah erti pengorbanan. Sanggup menyembelih apa sahaja dengan perinta
h Allah. Boleh jadi yang perlu kita sembelih itu adalah sifat-sifat buruk kita. Boleh jadi yang mahu kita sembelih itu adalah sifat malas kita yang menyebabkan kita bermalas-malasan melakukan ibadat. Boleh jadi yang mesti kita sembelih itu adalah sifat takut dan bacul kita yang menyebabkan kita tidak berani untuk bersama perjuangan menegakkan risalah ALLAH di atas muka bumi.
Inilah 'Ismail' kita masing-masing yang perlu kita korbankan.

Jangan pernah lupakan sejarah 'Korban' salah seoarang anak Nabi Adam a.s yang di tolak oleh Allah. Sirah dan kisah sebegini di ulang baca saban tahun supaya kita memperoleh ibrah daripadanya. Korbankan UMNO BN dalam PRU 13 !

12 April 2012

Hakikat Sebuah Perjuangan




Engkau ingin berjuang

tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Berjuanglah hanya kerana Allah. Biar mati bergalangkan tanah, jangan hidup bercerminkan bangkai. Sama ada hidup mulia dengan Islam, atau kita binasa kerana Islam!

BUATMU PEJUANG UMMAH




BUATMU PEJUANG UMMAH

Syabab itu, syabab jundullah,
Syabab itu, syabab gagah,
Syabab itu tidak takut rebah
Syabab itu tidak takut kalah,

Syabab ini, kalau cita dan cintanya jundi,Minda pasti berisi, 
Langkah pasti bervisi, mara pasti berani, undur pasti berstrategi,
Kerna, tiada takut pada jundi, tiada kalah pada jundi.

Syabab ini, kalau cita dan cintanya untuk Allah,
Sendanya pasti ukhwah,
Bicaranya pasti dakwah,
Tawanya pasti tarbiyah,

Mindanya bebas belenggu logika, 
Lisannya bersih dosa auta,
Dadanya melaut lumat ilmu dan fakta,
Jiwanya terpatri kukuh aqidah,
Jasadnya tepu duka, ampuh cela.

Kita, malulah kita,
Malulah, andai berjirankan Jaafar, masih lagi segan bergelar kudung,
Malulah, andai bertemankan Ibnu Rawahah, masih leka mengecup putung,
Malulah, andai sedang di samping Zaid Harithah, masinh tunggul dan dungu ditampar nafsu sarakah,

Kita, syabab hari ini... Pemuda Dasawarsa Milenia,
Beratapkan tarbiyah, berlantaikan ukhwah, bersarungkan syariah,
Kita melangkah megah ke medan dakwah,
Hidup mati hanya kerana ALLAH,andai ditakdir rebah,
SYAHID lah menjadi penyudah..

~ Hidup Mulia Dengan Islam Atau Mati Syahid~

-Dedikasi ini telah dibacakan oleh Saudara Mohammad Hussin Mohd Fauzi, Presiden MPPMJ di Majlis Perasmian Penutup KARISMA V-

23 March 2012

Jangan Jatuh Dalam Lubang Yang Sama Buat Kali Kedua



Ramai sahabat yang tanya, kenapa PAS tak mahu bersatu dgn UMNO ? Alasan mereka Allah yg Esa, Nabi yg sama, Quran yg satu, cuma lain bendera ja. Sehingga kami di gelar dengan pelbagai gelaran yang tak sepatutnya.  Kpd ustaz-ustaz, ahli politik, teman-teman yg cuba menyeru ke arah itu dgn alasan- Allah yg Esa, Nabi yg sama, Quran yg satu dll,  kami nk tanya , Abi Bakr r.h. dgn Abdullah b. Ubay sama bendera ke? Sama-sama solat, sama-sama hidup di zaman Rasulullah saw. Abi Bakr di bwh redha Allah, anak si Ubay di bwh murka Allah.

Islam mengajar supaya kita tidak jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. PAS pernah menyertai UMNO dlam pentadbiran kerajaan persekutuan .PAS 
berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. Hasilnya, PAS di tendang keluar pada tahun 1978. Penaglaman yang lalu sudah cukup mendidik.

Tuan Guru Presiden telah menjelaskan
kenapa Pas tidak mahu bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama Pas. Kita harap lepas ini ahli ahli PAS komited dengan perjuangan. Jangan samapi kita jatuh dlm lubang yang sama untuk kali kedua!

10 March 2012

Kemanisan Iman



'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Dr Fathi Yakan. Karya beliau ini sering di jadikan rujukan dalam usrah - usrah jemaah gerak kerja Islam. Buku setebal 200 lebih muka surat ini terbahagi kepada dua bahagian.
1) Sifat-sifat yang mesti ada pada seorang Muslim
2) Kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri dalam harakiah Islam

Antara yang dibahaskan pengarang, dalam perkara 15 di bawah tajuk Muslim Di sudut Aqidah, iaitu meletakkan kecintaan kpd Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya. Allah berfirman ' Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu ushakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusan Nya. Dan Allah tidak membri petunjuk kepada orang-orang yang fasiq' (At-Taubah : 24 )

Mencintai manusia tidak salah. Carilah
 ianamun jangan  kita lupa cinta terhadap Allah dan Rasul adalah yang tertinggi. 

Rasulullah bersabda “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Inilah yang disebutkan sebagai 'Halawatul Iman' (Kemanisan Iman). Rasulullah memberi isyarat, Iman yang manis datangnya dari hati yang mencintai Allah dan Rasul mengatasi cinta terhadap yang lainnya. Hari ini, manusia merebut gula di pasaran kerana sifatnya manis. Tetapi berapa ramai yang mengejar kemanisan iman ini. Yang ada, 'mulut manis'. Bila tiba musim pilihanraya lahirlah spesis sebegini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Menggula-gulakan rakyat dengan jalanraya, lebuh raya, pasar raya, baju raya, duit raya dll. Habis sahaja pilihanraya hilang. Tak peduli masalah kawasan. Inilah pemimpin Hantu Raya !

Sudah maniskah iman anda ?

03 March 2012

Asiah Wanita Syurga



Jumaat 2 Mac, solat Jumaat di Masjid Bilal Bin Rabah, Mafraq. Khutbah berkisar tajuk 'Jiran'. Kupasan yang 'secukup rasa' dari khatib. Didatangkan dengan nas-nas sohih serta beberapa pengajaran yang di selitkan untuk memberi pelbagai input bernas dari khutbah sepanjang 15 minit itu. Penulis tidak berhajat memuntahkan kembali apa yang sempat dirakam dalam peti minda, cumanya penulis tertarik dengan sepotong ayat yang di bacakan khatib pada permulaan khutbah.

Allah s.w.t berfirman di penghujung Surah At-Tahrim 'Dan Allah membuat satu perumpamaan kepada orang-orang beriman perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim' (At-Tahrim 11)

Ayat ini mengingatkan penulis, suatu ketika dahulu, di negeri Mesir, Fir’aun terakhir yang terkenal dengan keganasannya bertahta. Setelah kematian isterinya, Fir’aun kejam itu hidup sendiri tanpa pendamping. Sampai cerita tentang seorang gadis jelita dari keturunan keluarga Imran bernama Siti Asiah sampai ke telinganya. Di ringkaskan cerita, ancaman demi ancaman diterima Asiah. Kerana ancaman itu, Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir’aun dengan mengajukan beberapa syarat, walaupun pada mulanya dia menolak untuk menjadi isteri kepada seorang raja yang terkenal dengan sifat ingkar kepada Allah tersebut.

Lembaran sejarah mencatatkan, Siti Asiah hidup bersama Firaun dalam istana yang indah dan penuh dengan kemegahan. Tetapi bagi Siti Asiah sedikit pun tidak membawa pengaruh terhadap kehidupan peribadinya dan tidak pula terbawa arus  jahiliyah sekeliling. Dia tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam. Hampir setiap malam dia beribadah kepada Allah swt agar segala kehormatannya tidak disentuh sekalipun suaminya.
Allah SWT memberikan pertolongan kepadanya untuk mencegah kebiadapan Firaun dan demi menjaga kehormatannya. Allah s.w.t menciptakan iblis yang menyamar dirinya seperti rupa Asiah untuk tidur dan bergaul bersama Firaun setiap malam.

Hari-harinya dilalui dengan redo. Baginya ini adalah ketentuan Allah yang mengandungi hikmah buat dirinya. Dia terus beribadah tanpa jemu. Menyaksikan pelbagai episod kezaliman suaminya. Asiah melaknat Fir’aun dengan kata-kata yang pedas. Dia menyatakan tak sudi lagi diperisteri oleh Fir’aun, dan memilih keadaan mati seperti Masyitoh setelah menyaksikan Masyitoh dan anak-anaknyaterjun ke dalam kuali berisikan minyak mendidih hanya untuk mempertahankan kalimah tauhid yang di ungkapkannya. Tanpa tangis, tanpa takut dan tanpa keluar jeritan dari mulutnya. Tercium wangi semerbak harum dari kuali berisi minyak mendidih itu..
"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."
Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun yang dilaknat...

Inilah kemuliaan wanita yang berpegang teguh Iman mereka walau terpaksa menelan seribu macam kepahitan. Dia di uji Allah. Asiah mengajar kita, walaupun hidup di sisi seorang yang paling jahat di muka bumi, namun kalimah tauhid tetap di genggamnya walau seperit menggenggam bara api. Biar tangan terlebur, asalkan Islam tidak terlucut. Hebat mereka !

Itulah Asiah binti Muzahim.  Tak ramai Isteri yang mampu menjadi sepertinya. Mukminah sejati yang doanya di rakamkan di dalam al-Quran, lampu terang yang bersinar dalam kegelapan istana Fir'aun. Sekarang, siapa yang menerangi kita dengan cahayaNya yang tersebar bersama kesabaran dan keteguhan berdakwah di jalan Allah? Berdoa kepada Allah semoga Allah mengurniakan wanita hebat buat mereka yang ikhlas memperjuangkan agama Allah di atas landasan kebenaran.



Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Hosting Coupons